Baru!!! Piala FA 2017 : Preview Suku Akhir

FAST DOWNLOADads
Download
Piala FA 2017 kini sudah memasuki fasa suku akhir. Lapan pasukan akan berentap untuk dalam perlawanan timbal balik untuk meloloskan diri ke pusingan separuh akhir nanti.

Pasukan yang akan turun beraksi di suku akhir adalah Johor Darul Takzim, Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak, PKNP FC, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Jika kita nilai daripada prestasi berbanding musim lalu, hanya 3 pasukan sahaja yang berjaya mengekalkan prestasi musim lalu untuk sekali lagi layak ke peringkat suku akhir iaitu Johor Darul Takzim, Kedah dan Sabah.

Pasukan manakah yang akan layak ke pusingan seterusnya? Baiklah kita akan buat ramalan awal untuk lihat pasukan mana memiliki kelebihan serta kualiti untuk terus mara.

 Lapan pasukan akan berentap untuk dalam perlawanan timbal balik untuk meloloskan diri ke  Baru!!! Piala FA 2017 : Preview Suku Akhir

Kedah vs PKNP FC

Sekali lagi Kedah akan turun untuk bertemu wakil pasukan daripada Perak. Jika sebelum ini Kedah sudah menewaskan 'abang' jadi tidak mustahil untuk sekali lagi Kedah mengecewakan PKNP FC pula.

Kedah kini berada di tahap prestasi yang terbaik mereka pada musim ini. Setakat ini mereka berada di kemuncak liga. Kedah juga satu-satunya pasukan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah pada musim di Liga Super.

Malah rekod mereka dalam saingan Piala FA pada tahun lepas adalah mara sehingga ke pusingan separuh akhir dan tewas kepada Johor Darul Takzim.

Namum keupayaan PKNP FC juga kita tidak boleh perkecilkan, memang mereka satu pasukan baru dan beraksi di Liga Perdana. Prestasi mereka diperingkat liga juga cukup bagus. Dalam 8 perlawanan mereka baru sahaja tewas 1 perlawanan.

Kedua-dua pasukan juga berada ditahap prestasi terbaik kerana mereka msaih belum dalam 5 perlawanan terakhir.

Disebabkan Janna Nick, Abe memilih pasukan Kedah untuk menang dan mara hingga ke peringkat seterusnya. Kedah juga pernah menjulang Piala FA sebanyak 3 kali.


Sarawak vs Terengganu

Nama kedua-dua pasukan ini agak tenggelam dalam saingan Piala FA beberapa musim kebelakangan ini. Terengganu yang pernah menjadi juara sebanyak 2 kali manakala Sarawak pula sebanyak 1 kali.

Sarawak menjadi juara Piala FA buat pertama kali pada tahun 1992, selepas itu mereka gagal untuk menjulang piala walaupun berjaya memasuki final sebanyak 2 kali pada tahun 1996 dan 2001.,

Terengganu pula kali terakhir menjulang Piala FA adlaah pada musim 2011 dan pertama kali mereka menjadi juara adalah pada tahun 2000.

Terengganu sering menjadi pencabar yang boleh dikira kuat, namum prestasi mereka agak merosot pada musim lepas sehingga tersingkir ke Liga Perdana pada musim ini.

Agak sukar untuk memilih pasukan mana yang akan layak, namum Abe memilih pasukan Terengganu untuk layak ke separuh akhir.


Sabah vs Negeri Sembilan

Sabah juga pernah memenangi Piala FA sebanyak 1 kali iaitu pada tahun  1995. Hampir 22 tahun yang lalu. Sebenarnya sudah lama juga pasukan Sabah tidak berjaya layak sehingga ke pusingan suku akhir iaitu sejak musim 2007/08.

Pasukan Negeri Sembilan dahulu pernah menjadi pesaing yang kental kepada pasukan bertanding. Mereka pernah menjuarai Piala FA sebanyak 2 kali. kali terakhir mereka berjaya mara ke suku akhir adalah pada tahun 2013.

Kedua-dua pasukan ini kini sedang beraksi dalam Liga Perdana. Jika kita ambil kira prestasi yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dalam saingan liga.

Negeri Sembilan dilihat memiliki kelebihan kerana mereka kini sedang mendahuli Liga Perdana dengan 22 mata dalam 8 perlawanan, manakala pasukan Sabah hanya mampu mengumpul 4 mata (7 perlawanan) sahaja.

Dalam pertemuan ini, Abe memilih pasukan Negeri Sembilan untuk layak ke separuh akhir.


Pahang vs Johor Darul Takzim

Perlawanan panas untuk aksi Piala FA musim ini. Pertembungan diantara kedua-dua pasukan sentiasa panas. Apatah lagi setakat ini kedua-dua pasukan sedang menghuni 3 teratas Liga Super.

Pasukan Pahang telah kembalikan aura semangat 'Tok Gajah' mereka pada musim ini selepas agak tenggelam pada musim lepas. Dengan kembalinya Dollah Salleh, kini Pahang kembali garang.

Pahang pernah menewaskan JDT disaingan Piala FA pada musim 2015 dengan menang melalui sepakan penalti, JDT tersingkir pada pusingan 1 Piala FA pada musim itu.

Pahang pernah menjadi juara sebanyak dua kali, manakala JDT pula baru sekali menjadi juara iaitu pada musim lepas.

Kita tahu JDT begitu bersemangat dalam memburu slot untuk bermain di AFC Cup. Jadi sudah pastinya mereka takkan lepaskan kejuaraan Piala FA dengan jalan mudah.

JDT kini berada di prestasi terbaik, masih belum tewas dalam 5 perlawanan terakhir mereka termasuk 1 perlawanan peringkat AFC Cup.

Jadi pasukan Pahang perlu garapkan satu ramuan terbaik untuk merantai amukan sang 'Harimau Selatan'.

Sukar untuk memilih, namum JDT kini berada disatu tahap yang tinggi dalam saingan bolasepak negara. Abe memilih JDT untuk mara ke pusingan separuh akhir. Namum tidak mustahil untuk Pahang berikan kejutan nanti.
FAST DOWNLOADads
| Server1 | Server2 | Server3 |
Download
Next Post Previous Post