Baru!!! Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2016 Pasukan Kelantan

FAST DOWNLOADads
Download
 Pada tahun ini saingan Piala Malaysia bermula lebih awal berbanding musim Baru!!! Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2016 Pasukan Kelantan

Perlawanan Piala Malaysia 2016 akan dimulakan pada 12 julai 2016. Pada tahun ini saingan Piala Malaysia bermula lebih awal berbanding musim-musim yang lepas dan ia juga berlangsung ketika saingan Liga Super 2016 masih belum tamat.

Piala Malaysia adalah piala bersejarah, dengat format jadual perlawanan yang baru ini sudah semestinya cabaran dalam perebutan Piala Malaysia akan jadi lebih sengit.

Bagi pasukan Kelantan yang beraksi dalam kumpulan B bersama dengan Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Laluan perit buat Kelantan sebenarnya setelah diundi masuk kedalam kumpulan ini. Selangor turun musim ini selaku juara musim 2015. Manakala Pahang pula turun selaku bekas naib juara musim 2015 dan juara musim 2014&2013.

Kelantan juga tidak kurang hebat dalam saingan Piala Malaysia. Pernah menjulang kejuaraan pada musim 2010, Kelantan membalas dendam terhadap Negeri Sembilan dengan mencatat kemenangan, 2-1. Dan sekali lagi pada tahun 2012, pasukan Kelantan menembak jatuh anggota ATM, 3-2.

Pada tahun 2013 mereka tewas kepada Pahang di final. Ketika era kebangkitan Kelantan, pada tahun 2009 Kelantan berjaya layak ke final selepas 39 tahun. Namum TRW tewas kepada Negeri Sembilan, 3-1.

Imbau kembali rekod 39 tahun lalu, pada tahun 1970 Kelantan layak ke final untuk menentang Perak di Stadium Merdeka. Kelantan tewas 2-0.

Sebelum negara kita merdeka, ada sekali pasukan Kelantan pernah layak ke perlawanan final Piala Malaysia, Pada tahun 1955, Kelantan ke seberang tambak untuk menentang pasukan Singapura, dan tewas 3-1.

FAST DOWNLOADads
| Server1 | Server2 | Server3 |
Download
Next Post Previous Post