Baru!!! Piala FA 2016 : Pasukan Pilihan Layak Ke Separuh Akhir
Peringkat Suku Akhir Piala FA 2016 yang sudah memasuki perlawanan kedua. Jelas sedikit berbeza senarai pasukan-pasukan yang telah layak ke peringkat ini.
Paling ketara adalah ketiadaan tiga gergasi pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Hanya dua pasukan sahaja yang pada musim lepas berakhir di peringkat suku akhir, tahun ini mengulangi kejayaan yang sama iaitu pasukan Perak dan Sime Darby, namum kedua-dua pasukan ini pada musim lepas tidak berjaya lepas ke peringkat separuh akhir.
Manakala kedua-dua finalis musim lepas sudah terkeluar daripada senarai persaing, Lions Xii sudah tidak beraksi dalam Liga M manakala pasukan Kelantan pula disingkirkan oleh pasukan Kedah. Makannya tahun ini tiada istilah juara bertahan lagi.
Piala FA 2016 : Pasukan Pilihan Layak Ke Separuh Akhir
Agak sukar juga sebenarnya untuk menjangka pasukan mana yang akan layak ke pusingan separuh akhir. Kerana dalam beberapa perlawanan pertama suku akhir menyaksikan kemenangan tipis.
Kedah menentang Sabah, dalam perlawanan pertama Kedah berjaya mencari kelebihan ketika beraksi di tempat lawan dengan kemenangan 2-1. Menjadi tugas berat buat Sabah untuk mencari kelebihan gol di Alor Star nanti. Bagi perlawanan ini aku memilih pasukan Kedah, berdasarkan prestasi permainan mereka yang bagus pada awal musim ini.
PKNS lawan Sime Darby. Kelebihan besar buat PKNS setelah membenam Sime Darby pada perlawanan timbal balik pertama dengan jaringan 4 gol tanpa balas. Adakah Sime Darby sekali lagi pada tahun ini hanya berpuas hati hanya mara sehingga ke peringkat Suku Akhir Piala FA. Jelas aku memilih PKNS untuk menang dan layak ke Separuh Akhir.
Kuala Lumpur berdepan Perak. Kedudukan aggregate buat masa ini Perak mendahului 1 gol kosong ketika perlawanan di Stadium Ipoh. Mereka bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan bekalan 1 gol, agak tipis juga. Namum aku lebih suka untuk memilih pasukan Perak layak ke Separuh Akhir Piala FA 2016.
Akhir sekali, Johor Darul Takzim lawan PDRM. Kedua-duanya pasukan hebat sebenarnya tetapi JDT membawa satu gol untuk bermain dihadapan penyokong sendiri. Larkin adalah kubu kuat mereka, tugas berat buat pasukan PDRM untuk mencari sekurang-kurangnya 2 gol untuk memastikan kemenangan. Tak lain tak bukan, pilihan utama sudah semestinya pasukan Johor Darul Takzim untuk layak ke Separuh Akhir.