Baru!!! Liga Super 2016 Preview : Kelantan vs Sarawak
Perlawanan ketiga Liga Super 2016, pasukan Kelantan menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhamad IV pada 26/2/2016. Info awal katanya ada siaran langsung perlawanan ini di TV9.
Kelantan bakal turun selaku pilihan dalam perlawanan ini, tambahana pula Kelantan bermain ditempat sendiri. Peluang ini harus dimanfaatkan oleh Kelantan untuk meneruskan rentak kemenangan, apatah lagi Sarawak yang sudah tersingkir daripada saingan Piala FA pasti moral mereka agak sedikit merundum.
Dalam saingan Liga Super, gawang Kelantan masih belum bolos. Itu satu perkara yang bagus. Bermakna setakat ini barisan pertahanan Kelantan dan penjaga gol berada ditahap yang terbaik.
Namum Kelantan ada satu lagi masalah besar iaitu tumpul dibahagian serangan. Selepas mengharungi 2 perlawanan Liga Super dan 1 perlawanan Piala FA, Kelantan hanya mampu menjaringkan 2 gol.
Itu bukan perkara yang bagus. dalam bolasepak kita perlu menjaringkan gol untuk menang. Tak guna kita bermian bertahan dan hanya mengharapkan keputusan seri. Jadi banyak perkara yang perlu K. Devan perlu perbaiki untuk mengatasi masalah jentera serangan yang tidak menjadi.
Pada aku masalah utama adalah pada bahagian enjin, iaitu midfielder yang gagal melancarkan serangan, hantaran dan lorongan untuk disudahkan oleh penyerang. Kelantan masih bergelut mendapatkan seorang playmaker yang bagus. Piya ada tapi prestasi beliau kini akan merundum.
Rekod pertemuan dalam Liga Super sebelum ini kekuatan Kelantan dan Sarawak agak seimbang. Walaupun begitu Sarawak dalam Liga Super 2015 berada ditangga ke-10, berada dibawah Kelantan yang menduduki tangga ke-9. Kelantan mendapat 28 mata, manakala Sarawak hanya berpuas hati dengan 19 mata. Beza 9 mata diantara kedua-dua pasukan ini.
Rekod Perlawanan Kelantan vs Sarawak
Liga Super 2015
Kelantan 4-3 Sarawak
Sarawak 3-2 Kelantan
Piala FA 2015
Sarawak 1-2 Kelantan
Liga Super 2014
Kelantan 0-1 Sarawak
Sarawak 0-1 Kelantan
Piala FA 2013
Sarawak 0-2 Kelantan